Sunday 8 July 2012

Qiamullail Dan Tahajjud Rasulullah..



Assalamualaikum semua...segala puji bagi Allah kerana tanpaNya,,saya tidak mungkin dapat memberikan sedikit perkongsian pada hari ini...ok..sebelum tu,,saya nak ingatkan kembali sahabat2 sekalian tentang  kehebatan tentera2 islam yang terdahulu kerana mereka mempunyai kekuatan dari segi luaran dan dalaman..yang saya nak tekankan di sini ialah kekuatan dari segi dalaman yakni rohani mereka iaitu di qalbu mereka..dan antara sebab utama kemenangan tentera islam pada zaman dahulu adalah melalui SOLAT MALAM ataupun QIAMULLAIL...betapa mereka menitikberatkan solat malam ini kerana dengan cara ini sahaja waktu yang paling tepat untuk mereka mendekatkan diri kepada Sang Pencipta sekalian alam..dan dengan waktu ini sahaja mereka boleh memohon pertolongan dari Allah azza wa jalla untuk memberikan kekuatan menentang musuh2 islam..bahkan Allah sendiri mewajibkan Rasulullah s.a.w untuk bangun qiamullail untuk mengabdikan diri kepadaNya..Nah !! sudah terang lagi bersuluh qiamullail mempunyai kelebihannya yang tersendiri...jadi,,sama2 lah kita berusaha untuk bangun bagi menunaikan solat malam  kerana ia merupakan suatu sunnah yang sangat2 dituntut dalam islam...renung2kan dan selamat beramal..moga Allah redha..wallahualam..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Fadilat qiamullail

Firman Allah:

"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji." 
(79: al-Israa)

Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi s.a.w.

Daripada 'Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kaki2nya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini ya 
Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" Rasulullah s.a.w pun bersabda:


"Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


Nabi s.a.w bersabda:

"Sebaik2 lelaki adalah Abdullah sekiranya dia sembahyang malam." (Hadis sahih riwayat bukhari dan muslim)

Nabi s.a.w bersabda:


" Sebaik2 puasa lepas puasa ramadan adalah puasa pd bulan2 haram.Dan sebaik2 sembahyang selepas solat fardu adalah solat malam" (Hadis sahih riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w:

"Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya." (Hadis hasan sahihriwayat at-Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:

"Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang solih, mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri
darimaksiat." (Hr Hakim)

Sebab apa tidak mampu solat malam?

Telah disampaikan cerita seorang lelaki yang tido malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam. Nabi s.a.w bersabda:

"Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua belah telinganya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Fudail bin Iyad telah berkata:

"Apabila kamu tidak mampu untuk qimaullai; dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang 
kamu lakukan."

Adab2 Berqimullail

1. Sunat sesiapa yang bangun pada waktu malam untuk sapu muka, bersugi, memandang
langit dan membaca ayat 190 - 200 surah Ali Imran. Ini disebut dalam hadis sahih riwayat bukhari dan Muslim (763).

2. Disunatkan membuka solat malam dengan dua rakaat yang ringan. 'Aisyah berkata:

"NAbi s.a.w apabila bangun malam untuk solat tahajjud, baginda membuka dengan dua solat yang ringan." (Hadis sahih riwayat Muslim No 765)


3. Disunat solat malam dgn memberi salam setiap dua rakaat dan diakhiri dgn solat witir satu rakaat. Ibnu Umar berkata:
"Nabi s.a.w sembahyang malam dua rakaat dua rakaat dan melakukan witir satu rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 
4. Solat malam sebelas rakaat. 'Aisyah r.a. berkata:

"Nabi s.a.w solat qiamullail sebelas rakaat" (Hadis sahih riwayat Bukhari)

'Aisyah berkata:

"Nabi tidak pernah solat malam -pada bulan ramadan dan lainnya- lebih dari sebelas rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Disunatkan memanjangkan bacaan pada solat malam. 

Rasulullah s.a.w ditanya solat yang paling afdal. Baginda menjawab:

"Panjang berdiri" (Hadis sahih riwayat Muslim)

6.
 Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat sunat malam. Tidak kuat dan tidak perlahan. Firman Allah:

"Dan janganlah engkau kuatkan suara mu dalam bacaan solat dan jangan engkau perlahankan. Bacalah dengan sederhana yang diantara kuat dan perlahan." (110: 
Al-Isra)

Ulama mazhab Syafie mentafsirkan solat disini dgn solat sunat malam.

7.
 Disunatkan berbaring apabila terasa sangat mengantuk ketika solat malam.

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seseorang itu mengantuk ketika dalam solatnya maka hendaklah dia berbaring sehingglah hilang mengantuknya. Maka sesungguhnya seseorang sedang mengantuk hendak beristigfar tetapi dia memaki dirinya sendiri." (hadis sahih riwayat Bukhari No 209 dan Muslim No 786)


8. Disunatkan mengejutkan suami atau isteri untuk bangun malam.Nabi s.a.w bersabda:

"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dgn air." (hadis Abu Daud dgn sanad yg sahih)

Nabi s.a.w bersabda:


"Apabila seortang lelaki mengejutkan isterinya pada waktu malam dan keduanya solat malam maka ditulis daripada golongan "azzakirin dan azZakirat." (Hr Abu
Daud dan Ibnu Majah No 1336 dgn sanad yg sahih)

oleh itu pilih lah pasangan yg bangun malam untuk solat bukannya bangun tengok tv, main game, sembang2 kosong atau sekadar qada hajat je. HEHe

9. Solat malam lah dgn istiqamah walaupun sedikit. Apa yg disebut disini adalah yg sempurna. Kalau tidak mampu buatlah walaupun satu rakaat solat witir. Nabi s.a.wditanya tentang amalan yg paling disukai oleh Allah. maka Baginda menjawab:

"Amalan yang paling kekal walaupun ianya sedikit." (Hadis sahih riwayat Bukhari no 6096 dan Muslim No 783)

10. Disunatkan memperbanyakkan istigfar dan doa ketika mana bangun malam.

Firman Allah:

"Dan orang2 yang beristigfar pada waktu sahur" (17: Ali Imran)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguh tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yg berdoa akan ku perkenankan. siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan."(Hadis sahih riwayat Bukhari No 1094 dan Muslim No 758)
11. Seeloknya seorang itu berniat sungguh untuk bangun qiamullail ketika hendak tidur supaya dia mendapat pahala qiam sekalipun tidak bangun. Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun solat malam dan dia terlajak tidur sehingga subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan
.Tidurnya itu adalah sedekah dari tuhannya." (Hadis riwayat Imam Nasaie dan Ibnu Majah No 1344 dgn sanad sahih diatas syarat2 Imam Muslim)

12. Disunat menqadakan solat malam yg tertinggal. Baginda bersabda:

"Sesiapa yang tertidur dari melakukan amalan malamnya dan dia lakukannya diantara solat subuh dan solat zuhur maka ditulis pahalanya seolah2 dia melakukannya pada waktu malam." (HAdis sahih riwayat Imam Muslim)


13. Makruh mengkhususkan qiamullail pada malam Jumaat sahaja.

Sabda Nabi s.a.w:

"Janganlah kamu mengkhususkan qiamullail pada malam jumaat." (Hr Muslim No 1144- sahih)

#Ini yg banyak dilakukan oleh masyarakat melayu kita dan menyedihkan termasuklah pelajar2 agama sendiri.

14. Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s. Sabda Nabi s.a.w:

"Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun disepertiga yg akhir
 dan tidur semula sepernam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari. (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Maksudnya disini puasa sunat dan solat malam. Puasa ramadan mana boleh buat camtu.huhu..

15. Cara Nak bangun awal pada waktu tertentu hendaklah membaca akhir surah kahfi dan niat dan minta pd Allah untuk bangun pada waktu tertentu.

Rujukan: Al-Muktamad Fil Feqhis Syafie oleh Dr Muhammad Zuhaili dan Riadus Solihin oleh Imam Nawawi.

Syria Perlukan Kita..!!


"Minggu lalu sahaja sekitar 800 orang rakyat Syria telah terkorban menjadikan angka korban rakyat negara itu kini telah mencecah lebih 14000 orang.

(Mayat bergelimpangan di bumi Syria sekarang)

Peristiwa hitam yang telah berlangsung selama 16 bulan itu sehingga kini menyaksikan pembantaian berterusan regim Bashar al-Asaad terhadap rakyatnya sendiri.


Bermacam-macam usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengakhirkan krisis yang sedang berlangsung itu, namun ia tidak berlaku sebagaimana yang dirancangkan.


Hasrat rakyat Syria adalah supaya kesengsaraan mereka dapat ditamatkan sama ada denganpenyelesaian secara rundingan atau kemenangan segera tentera pembebasan rakyat Syria.


Setelah 6 Perkara Pelan Keamanan Majlis Keselamatan PBB gagal dilaksanakan, terkini, persidangan di Geneva (30 Jun – 1 Julai), ‘Confrence of Islamic Ummah Supporting Syrian People’ di Istanbul (2 – 3 Julai) dan mesyuarat ‘Friends for Syria’ di Paris (7 Julai).


Kesemua pertemuan ini secara umumnya telah menyatakan sokongan penuh terhadap aspirasi rakyat Syria dan mengecam tindakan kejam Bashar al-Asaad terhadap rakyatnya serta mahu ia dihentikan segera. Pelbagai pihak lain juga sedang rancak mengusahakan bantuan kemanusiaan.


Pelbagai spekulasi khususnya berkenaan hubungan regim Bashar al-Asaad dengan Israel dan AS, sebab sokongan Russia terhadap regim tersebut, rasional pendirian Iran dan kemungkinan campur tangan kuasa luar serta kesannya, telah menyebabkan tidak sedikit rakyat Syria sendiri dan umat Islam lainnya masih berkonflik untuk membuat suatu pendirian yang jelas dan tegas terhadap kemelut ini.


Hal ini dinilai oleh pemerhati terhadap sebilangan rakyat negara itu yang semacam berada di persimpangan sama ada untuk menyatakan kesetiaan kepada regim Bashar al-Asaad atau menyokong perjuangan rakyat dek kerana bimbang memikirkan kesan kejatuhan Bashar Al-Asaad akibat kebangkitan yang berlaku dan di sisi yang lain, wujud rasa tragis mengenang kekejaman yang dilakukan oleh regim Bashar al-Asaad.


Spekulasi-spekulasi itu juga telah mengundang pelbagai andaian terhadap apa yang akan berlaku di Syria, antaranya, barat akan menyerang Syria dengan bantuan negara-negara Arab dan Turki, atau kerajaan Syria berjaya mengawal keadaan dan menamatkan kebangkitan rakyat, atau akan berlaku perang saudara yang tidak dapat diramalkan masa depannya.


Apa juga hal sebenarnya tentang spekulasi tersebut, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) berpendirian bahawa sesebuah kerajaan tiada hak untuk mencabuli keamanan negara dan rakyatnya apatah lagi melakukan seperti apa yang telah berlaku di Syria, dan mengecam sebarang campur tangan kuasa luar terhadap isu dalaman Syria.


Oleh itu, GAMIS menyeru semua pihak untuk turut membantah dan terus memberi tekanan supaya regim Bashar al-Asaad segera menamatkan pembunuhan terhadap rakyatnya, serta bersama-sama mengusahakan dan menyokong misi bantuan material dan spiritual untuk rakyat Syria. Syria perlukan kita!"


-Harakah Daily-

Saturday 7 July 2012

Pintu Taubat..

Alhamdulillah..,,di kesempatan yang masih diberikan Allah ini,,suka saya untuk berkongsi satu cerpen  untuk renungan bersama...cerpen ini saya terbaca di satu blog dengan tajuk "PINTU TAUBAT"..InsyaAllah..Diharap cerpen ini memberi manfaat untuk semua dan semoga pahala sentiasa mengalir  sepanjang cerpen ini dibaca untuk dibawa bekal ke akhirat kelak..moga Allah redha..wallahualam..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya aku tidak pernah memikirkan dan menjangkakan aku akan merasai semua ini. Sering aku tertanya-tanya kenapa aku yang dipilih untuk merasainya. Apakah istimewanya aku sehingga menjadi pilihan untuk dibawa ke jalan ini.
Bila melihat diri ini, aku melihat diriku sedalam-dalamnya. Layakkah aku? Aku insan biasa yang sangat biasa. Aku tidak sempurna. Sangat tidak sempurna. Ya Allah, kenapa Engkau begitu menyayangi aku, sedangkan aku di sepanjang kehidupan ini tidak berbuat apa-apa pun demi agama-Mu. Kenapa Engkau memilih untuk menyelamatkan aku? Sedangkan aku sebelum ini tidak berusaha untuk mendalami agama-Mu.
Pada satu saat diri bersendiri, teringat pada kalamNya yang bermaksud:-
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.""(surah Ali-Imran: Ayat 133) 
Dalam sujud aku menangis tanda kesyukuran dan rasa malu kepada Penciptaku. Dalam sujud aku memohon kemaafan pada Sang Pencipta. Terdetik di hati ini, walau bagaimanapun kekurangan yang ku rasai, aku masih seorang manusia ciptaan-Nya yang Maha Agung. Begitu tidak patut untuk aku  menghina diri sendiri yang merupakan salah satu ciptaan dari-Nya yang maha Esa. Dari rasa itu aku bangkit. Bangkit sebagai seorang aku yang baru.
Dalam hati aku yakini..
"Pertolongan-Nya tidak pernah terhenti!.. "



Namun, adakalanya aku merasa seperti seorang yang baru dilahirkan. Aku seperti bermula dari kosong. Terbit rasa jauh ketinggalan dan kadang kala rasa malu. Betapa ceteknya ilmu di dadaku, betapa aku tidak mengenali-Nya dan mendalami ilmu-Nya. Aku seakan-akan ingin berlari dan bersembunyi daripada orang yang sudah berada jauh di hadapanku.
Dan kubisikkan lagi...
"Pertolongan dari Allah tidak pernah terhenti. Allah mengurniakan hamba-Nya yang tak jemu-jemu membantuku yang serba tidak tahu ini. Allah memberi kekuatan kepada orang yang terdekat denganku untuk tidak pernah lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Dari situ aku mula merangkak, kemudian ku cuba untuk berdiri. Walaupun kadangkala aku jatuh beberapa kali, tapi kali itu jualahi aku lebih berusaha untuk cepat bangkit."
Jujur, semua ini tidak mudah untukku. Memerlukan pengorbanan demi pengorbanan yang kadangkala mencarik-carik hati dan perasaanku.
Di jalan ini...
Aku seakan-akan merasai perasaan jatuh cinta kali pertama. Jatuh cinta dengan Penciptaku. Jatuh cinta untuk berjuang demi agama tercintaku. Jatuh cinta untuk terus kuat.. Walaupun jalan ini tidak mudah, tetapi dari jalan ini aku membina kekuatan. Dan dari jalan ini juga aku memperoleh kematangan.
Kini, aku sudah mampu untuk berdiri dan akan terus melangkah. Aku berharap selepas ini aku bukan sahaja mampu berdiri tapi mampu untuk terus berlari di jalan ini. Ke sesuatu destinasi yang lebih besar dalam kehidupanku. Suatu perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Aku harus bersedia. Ya, akan sentiasa bersedia.
Terima kasih kepada yang tidak lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Semoga apa yang bakal aku lalui di hari-hari mendatang dapat membawa manfaat kepada diriku dan isi dunia ini. Semuanya ku lakukan demi Dia Rabb ku yang tercinta. Di akhir pengharapan, aku berharap agar aku, dia dan semua akan bertemu hingga ke syurga sana.
Apa yang pasti.. Terima kasih kepadaNya. Atas kurniaan ini, kerana DIA aku masih berada di jalan ini...

Friday 6 July 2012

Cinta Kepada Pencipta..


Alhamdulillah..terdetik di hati saya untuk kongsikan artikel di bawah ni buat tatapan semua...bagi saya,,artikel ni merupakan satu artikel yang sangat menarik kerana..........................
hurm....xpelah..biarlah saya dan Pencipta saya sahaja yang tahu....apa yang penting,buat sahabat2 saya di luar sana,,ambiklah seberapa banyak pengajaran dalam kisah ni..mungkin,,ianya sangat berkait rapat dengan hidup anda...moga redha Allah sentiasa ada bersama..wallahualam..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, sejak Fiq mula mengenali dan cuba mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam hidupnya, dirinya makin terasa tenang dan hidupnya telah banyak berubah.
Daripada seorang yang kurang mempunyai rasa malu berbanding rakan-rakannya yang lain, Fiq kini telah mula rasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang kurang manis dilakukan oleh seorang gadis sepertinya.Dia juga berusaha menutup auratnya mengikut syariat-syariat Islam walaupun pada mulanya dia teragak-agak untuk berubah kerana bimbang dirinya tidak dapat beristiqamah dengan perubahan yang bakal dilakukannya.
Fiq juga berusaha sedaya upaya agar dirinya mengadu hanya kepada pencipta-Nya. Pada mulanya, hal ini amat sukar kerana dia adalah seorang yang suka bercerita kepada rakan-rakannya perihal setiap perkara yang berlaku kepadanya. Namun, dia berusaha sedaya mungkin untuk berubah atas kesedarannya bahawa hanya Allah yang benar-benar memahami dirinya dan Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Seperti kebanyakan gadis-gadis seusianya, dirinya juga tidak terkecuali daripada fitrah seorang manusia yang ingin dicintai dan mencintai. Jika dahulunya, dia sering berasa cemburu melihat rakan-rakan mempunyai teman masing-masing, kini semuanya sudah berubah. Persepsinya sudah beralih arah. Apa yang bermain di dalam hati dan fikirannya hanyalah ingin meraih cinta Yang Maha Agung.
Namun, dalam perjalanannya meraih cinta Ilahi, hadir seorang Adam yang ingin merebut hatinya. Si Adam berusaha menarik perhatian Fiq, namun, pada masa yang sama, masih menjaga batas-batas yang telah digariskan agama. Pada mulanya, Fiq juga seakan-akan memberikan respons kepada si Adam, kerana baginya, si Adam adalah seorang yang baik dan mengambil berat akan dirinya.
Hari demi hari berlalu. Ingatan Fiq terhadap si Adam semakin lama semakin mendalam. Setiap pergerakannya pasti didahului dengan ingatan terhadap si Adam. Namun, Fiq merasakan bahawa hatinya mula sakit, dirinya rasa gelisah tatkala ingatannya kepada si Adam makin mendalam. Dia merasakan bahawa cintanya terhadap Sang Pencipta kian pudar.
Hatinya merintih kerana sebelum ini, amat sukar baginya untuk meraih cinta Ilahi. Pelbagai dugaan terpaksa ditempuhinya. Tapi setelah dia mula belajar mencintai Penciptanya, kini dirinya diduga dengan perasaan terhadap si Adam. Fiq berasa amat sedih kerana apa yang diinginkan sebenarnya adalah cinta Sang Pencipta, bukannya cinta makhluk yang diciptakanNya.
Hanya doa kepada Sang Pencipta yang mampu dipinta, agar dikuatkan hati dan dilindungi daripada bisikan musuhNya. Fiq masih mendambakan cinta Sang Penciptanya, kerana dia yakin itulah cinta yang hakiki. Biarlah dia meraih cinta si Adam yang mencintai penciptanya kerana sesungguhnya berkasih sayang kerana Allah itulah yang dicarinya.
Setiap kali dalam doanya, dia meminta, "Ya Allah, hilangkanlah rasa cintaku ini jika dia bukan untukku, namun jika dia adalah jodohku, hadirkanlah rasa ini setelah dia sah menjadi suamiku, kerana sesungguhnya aku hanyalah inginkan cinta yang halal buat diriku. Sesungguhnya, aku mencari cinta orang yang mencintaiMu dan sesungguhnya aku mendambakan cintaMu yang Maha Suci."

- Sumber : I LUV ISLAM -

Ada Apa Di Apium Nilam Puri ??.....

Hurm...bila bace tajuk kt atas mesti semua orang tertanya tanya kan??..hehe..saje je saya buat persoalan mcm tu..saya nk semua orang  kenal tmpat ni..x kenal maka x cinta kan..hihi..okai,focus!!..hurm..,apa yang saya nk kongsikan kt sini ialah pengalaman saya duk sini hmpir sebulan lebih dh...tp mungkin x kseluruhannya sy kongsikn..hanye sekadar renungn brsama.,,bacalah kisah ni dan ambik pengajaran sbb sy kongsikan kisah ni bkn saje-saje dan suka-suka..saya juga memohon agar Allah redha dengan apa yang saya kongsikan..Selamat Membaca !! wallahualam..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

     
       "27 Mei 2012.....tarikh inilah yang menjadi sejarah dalam hidup saya...tarikh yang mana saya mendaftar secara rasminya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri,Kelantan...pd awalnya..,saya sgt bersyukur sbb dpt masuk sini nak2 kos yang saya idam-idamkan dr dlu,,Syariah..tp dlm mase yang sme..hati saya masih berbelah bagi..bleh dikatakan 50/50 lh sbb saya pn mngharapkn IPG..lau saya dpt,mmg saya nk msuk sbb dr dlu lg saya nk jd seorang pendidik..kos yg saya plih kt sne Pendidikan Islam..dua2nya melibatkan kos agama...ble mmkirkan blek bnde ni,saya rase sgt2 brsyukur sbb dipilih untuk mndalami bidang agama ..bg saya,,x semua org yg trplih untuk masuk dalam bidang ni dan org yg dplih ini sumenye dplih oleh Allah..tmbulnya minat nk mndalami ilmu agama krn saya berpegang pd prinsip hidup saya sndri..

   "Setiap orang yang bergelar muslim wajib belajar ilmu agama..sebab ilmu ni fardu ain..ilmu ni sangat istimewa dan Allah akan sentiasa meredhai org yg belajar ilmuNya.."
       

         Bagi saya,redha Allah tu sangat2 penting..ikutlah nk buat ap skalipn,niat utk mndpt redha Allah psti yg utama..sbb ap yg kite buat semuanyer kita ltakkan spenuh harapan dan bertawakkal kpd Allah..InsyaAllah,,dengan niat ikhlas dan nk mndpt keredhaanNya,,Dia akan permudahkan urusan kita..ok..berbalik kpd ap yg sy nk kongsikn td,,sbb hati sy boleh brbelah bg mcm tu krn pd awlnya sy mmg xbleh trime peraturan kt sini..bg sy,,nilh first time sy jmpe praturan terutamanyer utk akhowat yg bg sy pd awlnya enth ap2..aneh !!..tu jer yg sy bleh fkirkn mse 2..tp sy xbleh nk critekn dgn lbih lnjut krn ia mlibatkn peraturan utk akhowat shj...tp,,slps 2 mnggu,,enth kenapa  hati sy ckup tenang di sini...seolah -olah saya dpt merasakan Allah sentiase ada brsama sy..dan sy berusaha untuk berfkiran positif trhdp semua bnda termsuklh peraturan td...hari demi hari,,saya mula merasakan tempat saya mmg di sini. walaupn mse tu kputusn ipg blum kluar...hati saya sangat dekat dengn tmpt ni dan sy mmg mrsakan Allah sntiase ad brsma sy..biah di sini sgt terjaga...semua akhowat pkai tudung labuh,musolla plk masih dihidupkan dengan cahaya solat berjemaah,ikhtilat msh trjaga dan suasana di sini....benar benar dalam suasana ISLAM !!


        "Allah,,betapa bersyukurnya diriku kerana ditempatkan di sini..aku mengaku kesilapanku yang lalu kerana tidak memikirkan hikmahMu..ampunilah aku...jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat-nikmatMu..aku bersyukur kerana aku salah seorang daripada berjuta juta umat islam yang mendalami ilmuMu..terima kasih Ya Allah kerana memberikan taufik dan hidayahMu untukku....."




         Rupa2nya semua ini merupakan petunjuk awal bahawa tmpt sy mmg disini..kputusan ipg telah kluar pd 11/6/2012.. dan sy dimklumkn TAK TERPILIH...hurm..wlau mcm nme skalipn,,sdih tu ttap ad pd awlnyer..tp alhamdulillah,,dgn adanya shbt2 di sini yg memberikn support mmbuatkn manisnya ukhuwwah itu dpt dirasakan shinggalah ari ni..setiap hujung mnggu,kteorg (akhowat shj ) bg majmuah 4 akn mmbuat liqo' utk mngeratkn lg ikatan kami..mse tu lh,,masing-masing meluahkan masalah yang ada dalam diri..kiteorg nangis same2 dn muhasabah diri same2..Allah !!..betapa manisya berukhuwwah keranaMu...baru ku rasai betapa indahnya ikatan persahabatan ini..moga2 berkekalan hingga ke syurga..AMIN....


[ Ambiklah pengajaran daripada perkongsian ni..setakat ni saje yang dapat saya kongsikan..same2lah kita mendoakan semoga redha Allah sentiasa ada bersama kita..InsyaAllah..luv u,ALLAH !! ]

         
                   ( SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGANKU : MAJMUAH 4-AKHOWAT )


                         yang ni mase kiteorg tgh bncang nk buat latihan tobur..hehe..smiles..^_^




                                          aish budak2 ni..kat sayur pon nk brgmbar..hehe..



                                              Gadis muslimah moden...subhanaAllah.. !!..hehe



           

                                   kebosanan melanda...xde mood nk bergmbar..kan2 ??..huhu                





                                               mas'ulah kesayanganku !!..ayunyer..^_^




                mase ni kteorg tgh cari brg2 utk jamuan kt Tesco..xpe..jgn kalut2..amik gmbr dlu..^_^





                                    aish...apelah bdk2 ni..dengan air pn nk brgmbar ker ??..hehe



                                      tgh tnggu azan ni utk iftar jam'ie dgn akhowat majmuah 4...^_^

\


                       
                                 Allah !!..indahnya ukhuwwah kami sekarang..moga berkekalan..amin..




                                           aiwaah farah..smpat lg senyum dpt kamera yer...^_^




Thursday 5 July 2012

Nukilan Hati..

Alhamdulillah..setelah sekian lama niat dihati nk buat blog,,akhirnya terlakarlah satu blog dengan nama Tinta Seorang Da'ie..hurm..saya buat blog ni bkn saje2 dn suke2 tp entah kenapa trdetik dlm hati ingin berkongsi pendapat di smping berkongsi pengalaman buat  semua..memang niat dihati dah lama nak kongsi ilmu yang ada sebagai bekalan di hari akhirat kelak..tapi mungkin,Allah x izinkan sehinggalah ari ni,6/7/2012 Allah memenuhi niat saya dengan menghantar wasilah melalui sahabat di sini,Farah Aida..segala puji bagi Allah..moga Allah membalas kebaikanmu wahai sahabatku dengan pertolongan ini..InsyaAllah..saya akan kumpulkan pendapat dan pengalaman saya sebelum ni untuk dikongsikan bersama..moga redha Allah sentiasa ada bersama..amin..wallahualam..^_^